Acara telah dirasmikan oleh En Jazman Azi bin Jamalludin, PPL JPA di Indonesia seawal jam 08.00 WIB dan turut dihadiri oleh Dr Junaidy bin Abu Bakar, Pengarah JPMI dan juga En Rosli bin Sakimin, Setiausaha 1 Pendidikan pada sebelah tengah hari. Tidak ketinggalan adalah liputan media massa oleh TVRI. Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan tersebut :
Final Lelaki : Team Rebah Bangun (UIN Syarif Hidayatullah) melawan Team Blassreiter (UKRIDA)
Pemenang : Team Rebah Bangun dengan jaringan 4-3
Final Wanita : Red Hot Chili Padi (UI) melawan Motho Motho (Trisakti)
Pemenang : Red Hot Chili Padi dengan jaringan 1-0
Semua pasukan juga turut menerima hamper sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka dalam kejohanan ini. Para penyokong dan pemain rata-rata berasa puas kerana mereka turut berpeluang menikmati Nasi Lemak dari KL Village.
Di kesempatan ini juga, pihak penganjur (Biro Sukan) ingin memohon kemaafan kepada peserta-peserta wanita sekiranya privacy mereka terganggu apabila perlawanan akhir ditonton oleh peserta-peserta lelaki. Hal ini benar-benar sulit dielakkan kerana perubahan dalam jadwal pertandingan telah mengganggu ketersediaan gelanggang futsal untuk perlawanan akhir secara terpisah.
Akhirnya, pihak penganjur ingin merakamkan setinggi2 penghargaan kepada pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta (KBMJ), barisan ahli jawatankuasa, para pemain dan para penyokong yang telah hadir pada acara tersebut.
JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!
0 komen:
Post a Comment