Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, December 05, 2008
0
Sukacita dimaklumkan bahawa PKPMI-CJ akan menjalankan kutipan yuran tahunan PKPMI-CJ bagi sesi 2008/09. Surat rasmi telah diedarkan. Yuran tahunan hanyalah sebesar Rp 30 ribu. Pecahan-pecahan daripada yuran tersebut adalah seperti berikut:
  • Wang Tabung Kebajikan = Rp 10 ribu
  • Buku Cenderahati = Rp 7 ribu
  • Kad ahli sementara = Rp 5 ribu
  • Pendapatan PKPMI-CJ = Rp 8 ribu
JUMLAH KESELURUHAN = Rp 30 ribu

MANFAAT KEAHLIAN
1. Boleh menghadiri mesyuarat ahli, mesyuarat agung dan juga mengundi
2. Mendapat manfaat daripada TABUNG KEBAJIKAN sekiranya terjadi sesuatu kecelakaan dsb.
3. Mendapat diskaun istimewa apabila PKPMI-CJ melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan sebarang bayaran. Contoh: Jika PKPMI-CJ melaksanakan program Nonton Bareng, bukan ahli akan dikenakan Rp 25 000 sementara ahli adalah gratis
4. Mendapat manfaat diskaun melalui KAD AHLI daripada syarikat, restoran dll yang mengambil bahagian. Sehingga saat ini, kerjasama telah berjaya dijalin dengan KL Village dan Medik Bookstore sementara kesepakatan dengan Malaysia Airlines sedang dalam proses
5. Bantuan dari segi pengurusan KITAS dan EREP

Semua manfaat di atas HANYA untuk ahli yang komited membayar yuran tahunan. Sesungguhnya Rp 8000 yg masuk ke pendapatan PKPMI-CJ tidaklah seberapa. Namun kami sangat berharap agar ahli membayar yuran atas dasar mewujudkan 'sense of belonging' di kalangan mahasiswa-mahasiswi terhadap PKPMI-CJ, agar mahasiswa-mahasiswi di Jakarta ada semangat berpersatuan dengan cara konsisten membayar yuran tahunan dan memenuhi undangan untuk aktiviti-aktivit yg dijalankan. Terima kasih.

Ahmad Nabieh Abqory
YDP PKPMI-CJ sesi 2008/09

0 komen: