Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Monday, January 26, 2009
0
Alhamdulillah, akhirnya pada tarikh 24 Januari 2009, Talkshow : Kekejaman Israel mengepung & menyerang warga Palestin dapat juga dilaksanakan di Auditorium FK Trisakti. Program yang bermula pada jam 7 malam ini telah dihadiri oleh En Hanip Bin Md Saleh- Menteri Penasihat Kedutaan Besar Malaysia, Prof Dr Julius E Surjawidjaja-Dekan FK Trisakti, Dr Anas Rasyid-Wakil Dekan III, P. Gusti Agung-Ketua BEM dan 135 orang pelajar Malaysia yang lain.



Program ini dianjurkan oleh PKPMI-CJ dengan kerjasama KUJ. Acara talkshow yg dipimpin oleh Sdra Nabieh Abqory berlangsung selama 2 jam menyaksikan pelbagai isu tentang Palestin telah dibincangkan. Ustz Ferry Nur (Sekretaris Jeneral KISPA) sebagai pembicara telah menyentuh beberapa hal antara lain:
  • Serangan Israel yg dikatakan sebagai menyerang balas roket-roket Hamas adalah bohong. Terbukti mereka ingin menghapuskan warga Palestin termasuk wanita & anak-anak tidak berdosa. Ini adalah penghapusan etnik setelah pengepungan kejam selama 1.5 tahun ke atas wilayah sempit & miskin-Genting Gaza
  • HAMAS disokong oleh 78% rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat kerana mereka giat menjalankan aktiviti sosial. Maka tuduhan bahawa HAMAS adalah terroris adalah perbuatan jahat Israel, Amerika dan sekutu-sekutunya. HAMAS adalah kerajaan yg dipilih oleh rakyat secara demokrasi, maka perlu disokong oleh dunia
  • Pemimpin-pemimpin Dunia Arab mungkin sudah terkena penyakit wahn (cintakan dunia, takutkan mati), namun rombongan ulama spt Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dll sedang berusaha menyedarkan mereka dan memberikan nasihat
  • Malaysia dipuji kerana gencar menyerukan boikot terhadap produk yg terbukti menyokong Israel
  • Tindakan cepat pemerintah Indonesia mengumumkan bantuan dana US$ 1 juta 3 hari setelah serangan menunjukkan hubungan erat antara kedua-dua buah negara. Ini kerana Palestin merupakan negara yg pertama mengiktiraf kemerdekaan Indonesia dari penjajahan Belanda
  • Masyarakat dunia perlu mengamalkan 5 D untuk membantu warga Palestin:
  1. Doa
  2. Dana (meyumbangkan 1-5% pendapatan utk Palestin)
  3. Dakwah (seminar, program kesedaran)
  4. Demonstrasi (perlu dilakukan secara aman)
  5. Diplomatik (terutama oleh pemimpin)
Setiap peserta yg hadir telah mendapat badge anti-Zionist dan makalah tentang Palestin. Suatu cabutan bertuah telah diadakan sewaktu penutup di mana 2 orang pelajar telah membawa pulang buku berjudul "54 Cara Menghancurkan Zionis". Semoga bermanfaat.

Dalam acara ini juga, derma sebesar Rp 6 622 800+ RM 10 telah diserahkan kepada KISPA utk diberikan kepada Palestin. Jumlah ini merupakan sumbangan derma dari seluruh pelajar Malaysia di Jakarta melalui kempen 'One Dollar One Man.'


Pihak penganjur memohon maaf atas ketidakhadiran Ketua Umum Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) kerana beliau sedang dalam perjalanan ke Gaza sewaktu acara berlangsung. Keberangkatannya juga mendadak. Kami juga mendoakan supaya Ustaz Ferry Nur yg berangkat ke Gaza keesokan paginya (25/1) akan dapat menjalankan tugas yg telah diamanahkan kepadanya.


Semoga program ini mampu menjadi suatu titik positif kepada kita semua untuk memahami isu Palestin secara menyeluruh dan bukannya sekadar bertindak emosional secara bermusim. Marilah kita semua berusaha sedaya upaya dalam membantu warga Palestin sehingga mereka benar-benar dapat mencapai kemerdekaan yg diimpikan.
Terima kasih atas kehadiran anda semua dan mohon maaf atas sebarang kekurangan.

(Terima kasih KUJ atas foto-fotonya)





0 komen: