Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, May 11, 2011
0
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,

Pada tanggal 22 Mei 2011, akan diadakan Mesyuarat Agung Tahunan/ Annual Grand Meeting PKPMI-CJ di Dewan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Pada hari tersebut, turut akan diadakan Pilihanraya bagi jawatan YDP (Yang Dipertua) dan TYDP (Timbalan Yang Dipertua) PKPMI-CJ bagi sesi 2011/2012.

Untuk itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PKPMI-CJ akan menjalankan hari penamaan calon yang bermula tanggal 9 Mei sehingga jam 11.59 malam 18 Mei 2011.

Calon yang bertanding perlu mempunyai seorang pencadang dan seorang penyokong. Calon juga haruslah memberikan maklumat berikut:


  • Nama :
  • Angkatan :
  • Universitas :
  • Falkutas / Jurusan:
  • Tajaan :
  • Jawatan bertanding : YDP/NYDP
  • Aspirasi (Visi dan Misi untuk kegiatan PKPMI-CJ):
  • Nama Pencadang (berserta maklumat) :
  • Nama Penyokong (berserta maklumat) :


Matlumat berikut dapat diserahkan kepada wakil SPR setiap universitas:

  • Universitas Kristen Krida Wacana: Murni Hayati Binti Mohd Hasyim
  • Universitas Trisakti: Muhammad Syahfiq Ismail
  • Universitas Indonesia: Nor Hasanah Mohd Zaki
  • Universitas Islam Negeri Syariff Hidayatullah: Ramadhan Subkylatif
  • Universitas Prof Dr Moestopo (B): Nur Liyana Amran

Demikian sahaja pemberitahuan ini. Diharap partisipasi dari teman-teman sekalian untuk menjalankan pilihanraya ini dengan lancar. Sebarang pertanyaan/tambahan/sanggahan sila berhubung terus dengan wakil SPR setiap universitas.

Sekian, terima kasih.

0 komen: