Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, May 11, 2011
0
Pada 14 April 2011, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) telah mengadakan lawatan ke Rumah Sakit Medika BSD. Ini merupakan permulaan bagi usaha-sama antara PKPMI-CJ dan KPJ Healthcare.

Lawatan tersebut bertujuan bagi menjalinkan kerjasama, memberi pendedahan kepada para pelajar dengan RS serta diskusi bersama pegawai perubatan disana. Lawatan bermula dengan taklimat ringkas boleh RS Medika BSD. Seterusnya lawatan, diskusi bersama doktor, dan makan petang.

RS Medika BSD ini merupakan salah satu daripada Rumah Sakit milik KPJ Healthcare. Banyak kemudahan yang disediakan dengan harga bersesuaian. Boleh merujuk http://www.rs-medikabsd.co.id untuk maklumat lanjut.

Kami dari PKPMI-CJ mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan dan layanan sepanjang kami menyertai lawatan ini. Berikut merupakan gambar-gambar lawatan.

Taklimat Ringkas oleh RS Medika BSD
Fasilitas CT-Scan yang diterdapat.

Alatan Mammografi yang berguna bagi kanker payudara

Kamar Super VIP. Ini merupakan ruang tamu bagi kamar tersebut.


Alatan fisioterapi yang terdapat disana.

Penerangan yang disampaikan ketika di bahagian Laboratorium.
Antara para pelajar yang menyertai lawatan.

0 komen: