Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, November 28, 2013
0


Pada 17 November 2013 yang lalu, Biro Sukan dan Rekreasi PKPMICJ telah mengadakan Explorace Kota Tua buat julung julung kalinya diadakan. Program yang diinspirasikan dari program reality ‘the Amazing Race ‘ ini telah dilaksanakan di tempat bersejarah yang bertempat di Kota Jakarta iaitu Kota Tua.


Objektif diadakana program ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan di dalam diri mahasiswa dan rakyat Malaysia di Jakarta. Selain itu dapat menghubungkan antara mahasiswa yang belajar dari pelbagai universiti.


Pelbagai cabaran yang dirangka bagi menguji setiap kumpulan yang turut serta dalam pertandingan tersebut. Biarpun hujan pada hujung program, tetapi pelajar masih bersama sehingga ke akhirnya.

Tahniah dan syabas kepada kumpulan yang menjadi juara dan semua yang turut serta memberikan saingan.






0 komen: