Pada 27 April 2014 yang lalu, PKPMI cawangan Jakarta menerusi Biro Pendidikan dan Kebudayaan telah melaksanakan program bahasa yang diberi nama ' Bahasa Budaya Bangsa '. Program ini berobjektif untuk menerapkan semangat cintakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan juga cerminan kepada wajah bangsa itu sendiri.
Tambahan pula, program dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar yang minat akan citra bahasa seperti sajak, bahas, pidato dan sebagainya. Sememangnya, bahasa Malaysia mengandungi elemen tarikan yang tersendiri sehingga pernah dikagumi oleh masyarakat dunia suatu ketika dahulu.
Pada petangnya, diadakan pra program MAFEST 14, iaitu pertandingan permainan tradisional seperti baling selipar, batu seremban dan ceper. Permainan ini sedikit sebanyak mengingatkan akan nostalgia zaman kanak-kanak.
Semoga program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment