Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Tuesday, October 21, 2008
1

Lewat tengah malam semalam, PKPMI-CJ telah dimaklumkan tentang satu kejadian pecah rumah yang menimpa sebuah rumah pelajar 2008 UKRIDA. Kejadian yang berlaku di kediaman mereka iaitu Apartemen Mediterranean telah mengakibatkan kehilangan sebuah laptop dan sejumlah wang tunai.

Hal ini mengingatkan kita semua tentang satu kes pecah rumah yang pernah berlaku di Jl Tawakal (belakang Kampus Kedokteran Trisakti) pada tahun 2006 yang telah mengakibatkan kerugian sebesar Rp 50 juta. Kerugian termasuklah kehilangan 5 buah laptop, alat-alat elektronik dan barangan kemas.

PKPMI-CJ memandang serius hal sebegini dan akan melihat tentang bantuan yang boleh diusahakan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Pada masa yang sama, kejadian ini membuktikan kepentingan pelaksanaan segera Tabung Kebajikan yang sedang diusahakan oleh PKPMI-Pusat dan PKPMI cawangan.

Kami juga ingin berpesan supaya semua pelajar lebih berwaspada bagi mengelakkan kejadian pecah rumah, samun, pukau-memukau dan sebagainya. Terima kasih.

1 komen:

Anonymous said...

bangang la pencuri2 nih..
smoga kena azab yg terperih!
menyusahkan dan mnyakitkan hati org jek..