Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, December 11, 2008
0
Alhamdulillah, program Nonton bareng Laskar Pelangi telah berjaya dilaksanakan walaupun kehadiran daripada pelajar tidak begitu memberangsangkan. Seramai 104 orang telah hadir termasuk Dr Junaidy (Pengarah JPMI) dan keluarga, Presiden Kelab UMNO Jakarta-Saudara Rizal serta wartawan2 TVRI.

Filem yang telah memecahkan rekod jumlah penonton di Indonesia ini memang benar-benar memikat para penonton. Elemen2 bersahaja, jenaka telah mencuit hati semua sementara elemen2 yang menyentuh perasaan telah menyebabkan ramai yang menitiskan air mata. Filem ini benar2 fenomenal, memberikan maksud penting kepada setiap generasi tentang peri pentingnya pendidikan dan kesungguhan mempertahankan hak ini supaya diberikan kepada segenap lapisan masyarakat termasuklah kepada golongan miskin.

Acara ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah berupa 3 buah Novel laskar Pelangi.

Bagi yang terlepas menonton filem ini, tunggu aja setelah DVD nya keluar atau filemnya nanti berjaya menembus pasaran Malaysia.

Liputan mengenai acara ini turut disiarkan di Warta Serumpun, TVRI setiap hari ahad jam 21.30 WIB. Berikut gambar-gambar seputar acara tersebut :

















0 komen: