Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, December 04, 2008
0
Futsal 'Copa de PKPMI-CJ 2008' untuk lelaki dan wanita!
Tarikh: 14 Disember 2008 (Ahad)
Masa: 07.00-13.00 WIB
Tempat: Grand Futsal ( berdekatan Kedubes Malaysia, Kuningan)
Bayaran: Untuk ahli (yg telah/akan membayar yuran sesi 2008/09), bayaran=
hanya Rp 80 000 per team

* Mana-mana team yg terdiri dari ahli ( walaupun seorang) yg belum membayar
yuran tahunan, setiap team akan dikenakan biaya Rp 200 000
* Yuran termasuklah sewa tempat, minuman & makan tengah hari (nasi lemak). Penyokong turut mendapat makan tengah hari & minuman


Acara untuk lelaki dan wanita akan dijalankan serentak di lokasi yang berbeza walaupun masih di Grand Futsal. Pemisahan dilakukan demi keselesaan peserta-peserta wanita.

Untuk peserta lelaki, setiap universiti diminta menghantar jumlah team seperti berikut:
1. Trisakti : 3 team
2. Ukrida : 3 team
3. UIN : 3 team
4. Moestopo : 1 team
5. UI : 1 team

Jumlah peserta wanita adalah tergantung kepada permintaan. Sila berhubung dengan biro sukan PKPMI-CJ di setiap universitas masing-masing.


Hadiah-hadiah menarik menanti setiap pemenang bagi kategori L & P

Johan : Piala Pusingan 'Copa de PKPMI-CJ' (L & P), pingat, hamper & sijil
Naib Johan : Pingat, hamper & sijil
Tempat ketiga : Pingat, hamper & sijil
ke-4 dan seterusnya : Hamper saguhati & sijil

Pemenang "Golden Boot"- Penjaring Terbanyak Kejohanan :
Cenderahati & sijil

Pemenang "Balon de' Or"- Pemain Terbaik Perlawanan Akhir :
Cenderahati & sijil

Pemenang "Golden Hands"- Penjaga Gol Terbaik Perlawanan Akhir : Cenderahati & sijil

Meh join reramai ok!

0 komen: