Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, January 08, 2009
0
PKPMI-CJ mengutuk keras serangan kejam Zionis Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang berlangsung sejak 2 minggu yang lalu hingga ke hari ini. Dengan kapasiti yang sangat terbatas, kami sekadar mampu mengirimkan doa, sedikit sumbangan derma, berkempen untuk memboikot produk Israel dan Amerika serta berusaha untuk memupuk kesedaran di kalangan mahasiswa tentang konflik kemanusiaan yang sangat menyedihkan ini.

Kami juga mengajak para pemimpin mahasiswa di mana sahaja anda berada supaya mengadakan seminar, tayangan video atau menyebarkan artikel mengenai Palestin supaya kesedaran tentang konflik di Palestin dapat diterapkan kepada generasi muda. Konflik Palestin yang sudah berlangsung selama 60 tahun semenjak 1948 seharusnya ditanggapi oleh reaksi & bantahan keras secara konsisten dikalangan umat Islam dan umat manusia yang cintakan kedamaian, dan bukannya ditanggapi secara bermusim sahaja.

Kami juga menyeru para pelajar di Jakarta supaya ikut serta dalam kempen 'One Dollar One Man' yang dianjurkan oleh PKPMI-CJ dan Kelab Umno Jakarta untuk disumbangkan ke Palestin melalui KISPA. Sekiranya ada organisasi-organisasi lain yang turut mengadakan kempen menderma, silakan saja untuk ikut serta. Yang penting penyaluran derma itu jelas ditujukan kepada pihak mana dan jangan sampai anda menyumbangkan walau serupiah pun kepada pihak2 yang mengambil kesempatan atas kesengsaraan warga Palestin.

Kami juga menggalakkan para pelajar Jakarta untuk meluangkan sedikit masa untuk menghadiri Talkshow : Kekejaman Israel Mengepung dan Menyerang Warga Palestin di Semenanjung Gaza yang telah ditunda ke tarikh 17 Januari 2009 (Sabtu) bertempat di Auditorium Kampus Kedokteran Universitas Trisakti. Maklumat terkini tentang talkshow akan diupdate dari masa ke masa. Terima kasih.

0 komen: