Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Tuesday, January 20, 2009
0

Pujian kepada Tuhan Yang Maha Esa, Alhamdulillah! Akhirnya setelah berhempas pulas untuk mendapatkan kelulusan pihak FK Trisakti, maka akhirnya Talkshow : Kekejaman Israel Mengepung & Menyerang Warga Palestin anjuran PKPMI-CJ dan KUJ akan dilaksanakan juga. Program ini mendapat naungan daripada Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM FK). Maklumat adalah seperti berikut :

Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Kampus Kedokteran Universitas Trisakti, Jl Kyai Tapa, Grogol
Masa :
  • 16.30 - Pameran dan Booth Amal
  • 18.20 - Para pelajar dan tetamu mengambil tempat
  • 18.35 - Majlis dimulai dengan ucapan-ucapan dan diikuti oleh talkshow
  • 20.30 - Penyampaian Cenderahati dan Penyerahan Derma ke KISPA dan BSMI untuk diberikan kepada warga Palestin
  • 20.50 - Jamuan Ringan dan Majlis Bersurai
Panel :
  1. Yth Ferry Nur (Sekretaris Jeneral, Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina)
  2. Yth Dr Basuki Supartono (Ketua Umum Bulan Sabit Merah Indonesia yg merupakan Spesialis Ortopedik. Beliau baru pulang dari Rafah-sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza)
  3. Moderator : Ahmad Nabieh Abqory
Talkshow akan dibantu dengan klip-klip video yang 'menyentuh hati'

Perhatian :
  1. Disebabkan talkshow bermula benar-benar setelah Maghrib, maka pelajar Muslim diminta untuk bertolak lebih awal dan solat Maghrib di Masjid FK Trisakti
  2. Para pelajar diminta memakai pakaian berwarna putih sebagai simbol keamanan
  3. Para pelajar digalakkan membawa wang lebih untuk didermakan kepada Palestin menerusi KISPA dan BSMI
  4. Souvenir menarik, booklet, lucky draw & jamuan ringan menanti anda semua
  5. Pegawai-pegawai kedutaan dan TVRI akan turut diundang
Jom datang beramai-ramai sebagai tanda sokongan kita terhadap perjuangan Rakyat Palestin! Buktikan solidarity anda!

0 komen: