Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, January 02, 2009
0

PENGUMUMAN : UNDANGAN UNTUK MENGIKUTI RAKAMAN TALKSHOW KICK ANDY. SANGAT TERHAD, HANYA UNTUK 30 ORANG
(DITUNDA SEBAB PAK ANDY (MODERATOR) SEDANG SAKIT)

Topic : “Last Lecture”

Untuk pertama kali ini, PKPMI-CJ telah mendapat undangan untuk membawa 30 orang ahli ke Rakaman Talk Show Kick Andy. Topik kali ini adalah mengenai kisah seorang selebriti veteran Indonesia yang terkenal iaitu Rima Melati yang berumur 69 tahun. Beliau pernah menderita kanser usus dan payu dara, namun berjaya sembuh dan kembali menjalani kehidupan normal. Selain aktif di kaca TV mahupun layar lebar beliau juga aktif dalam kempen 'Indonesia Tanpa Tembakau' sehingga mendapat piala penghargaan dari WHO, anugerah yang sulit diperoleh oleh orang awam. Apa yang memotivasi beliau untuk melawan kanker payu dara yang merupakan pembunuh nomor 1 wanita?

Kisah beliau ini cuba diselarikan oleh Kick Andy dengan kisah benar Randy Pausch, seorang pakar dalam bidang sains komputer yang meninggal dunia pada Julai 2008 akibat kanker pankreas. Beliau merupakan penulis buku The Last Lecture, sebuah buku New York Times Bestseller yang inspirational. Randy sendiri pernah tampil di talkshow Oprah Weinfrey. The Last Lecture juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Kepada yang berminat untuk mengikuti rakaman talk show Kick Andy ini, MESTI berikan nama kepada Saudara Zailani Abd Sharif (08180787694) paling lambat Isnin jam 3 petang.
Maklumat tentang rakaman adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 Januari 2009 (Rabu)
Masa : 5-9 malam
Tentatif Program:
5.30-6.30 pm : Coffee Break & snack
6.30-7 pm: Proceed to Grand Studio
7-9 pm : Rakaman Kick Andy Show
Tempat : Grand Studio Metro TV, Jl Pilar Mas Raya, Kav. A-D, Kedoya-Kebon Jeruk, Jakarta 11520

Syarat (ditetapkan oleh Kick Andy) :

1. Pakaian Formal (Kemeja+Seluar slack/skirt labuh/Jeans) dan wajib pakai kasut
2. Membawa 1 buku bekas (second hand) (buku bacaan/pelajaran) yang masih layak baca untuk disumbangkan dan akan ditukarkan dengan 1 cenderahati daripada KICKANDY

p/s :

1. Terbuka kepada ahli yang telah membayar yuran tahunan sesi 2008/09. Kepada yang belum bayar yuran tahunan tetapi masih mahu mengikuti program ini, anda boleh membayar yuran tersebutkepada AJK PKPMI-CJ di Grand Studio nanti

2. Pengangkutan tidak disediakan oleh PKPMI-CJ. Jangan lepaskan peluang ini!

Dalam rangka menjalin hubungan dengan pihak MetroTv Indonesia, PKPMI-CJ akan menghadirkan 30 orang ahli PKPMI-CJ secara rutin sebagai penonton studio dalam acara live 'Kick Andy'. PKPMI-CJ bermaksud memberikan peluang kepada ahli untuk menonton perbincangan menarik di sepanjang acara talkshow tersebut berlangsung yang mana talkshow tersebut sangat diminati oleh masyarakat di Indonesia Topik-topik yang dipilih pula adalah mengenai seni budaya, gaya hidup, psikologi, kesihatan, tragedi, politik & keamanan dan teknologi. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program ini, sila berikan nama kepada Saudara Zailani. Terima kasih



0 komen: