Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Sunday, May 24, 2009
0


Program anjuran PKPMI-CJ dan KUJ ini berteraskan kepada estetika kesenian dan kebudayaan, program ini juga memberikan ruang kepada peserta untuk mempersembahkan ekspresi kesenian mereka dengan cara yang tersendiri. Antaranya, menyanyikan lagu puisi, pantomin, dikir barat dan sebagainya disamping tidak ketinggalan pada tanggungjawab agama, bangsa dan Negara. Malam Sanggar Mustika merupakan acara yang berkonsepkan santai atau kasual. Konsep ini dipilih kerana kebiasaan penganjuran acara seperti ini lebih menekankan aspek penghayatan persembahan oleh para peserta.

Disamping mendengar dan menghayati persembahan, audien juga secara tidak langsung dapat melupakan perkara – perkara rutin harian buat seketika. Memandangkan pemilihan venue di lapangan yang terbuka, para audien akan beramai – ramai duduk di atas tikar yang disediakan sambil menikmati udara malam di Jakarta bersama – sama. Audien akan diberikan makanan berupa light food, snack dan pilihan minuman panas dan sejuk untuk dinikmati. Makanan dan minuman juga akan disediakan secara bergotong – royong oleh mahasiswa Malaysia. Para tetamu juga di alu - alukan membawa makanan secara pot – luck.

0 komen: