Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, October 17, 2008
2

Alhamdulillah, bersamaan dengan tanggal 4 Oktober yang lalu PKPMI-CJ telah berjaya mengadakan program Jalan-Jalan Hari Raya ke Taman Safari Indonesia dan Taman Bunga Nusantara yang telah disertai oleh 117 orang mahasiswa Malaysia.

Dalam kesempatan ini, saya selaku pengarah program ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa yang terlibat dari awal hingga akhir program, tidak kira sama ada yang meguruskan atau yang mengikuti program ini. Tanpa anda semua program ini tidak akan berjalan. Saya juga, sebagai wakil dari pihak pengurus program ini ingin memohon sejuta kemaafan atas segala kelemahan dan kekurangan kami dalam menguruskan program ini. Segala komen, saran dan kritikan yang membina amat diharapkan agar dapat digunakan pada masa hadapan dalam kami mengadakan program yang sebegini.

Kami mengharapkan kerjasama dari semua yang mengikuti program ini untuk menyumbangkan gambar-gambar untuk dimuatkan dalam friendster dan blog PKPMI-CJ.
.

p/s Maaf lambat update di blog kerana beberapa masalah.

2 komen:

Anonymous said...

wuaaa..jeles2..bila pkpmi nak buat lagi??nak ikut gakkk..=(

Pkpmi Jakarta said...

InsyaAllah bila-bila masa pada masa akan datang yang dirasakan sesuai..Kami juga sangat mengharapkan saran yang baik dan sumbangan idea dari para mahasiswa agar ada aktiviti lain yang dapat dijalankan.. Diharapkan mahasiswa-mahasiswi lain dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang akan kami adakan dan bukan aktiviti jalan-jalan ini sahaja..