Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Monday, October 13, 2008
0
PKPMI Pusat telah menubuhkan Tabung Kebajikan khusus untuk seluruh ahli-ahli PKPMI di semua cawangan dan telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia. Tabung ini bertujuan untuk menjaga kebajikan semua ahli PKPMI melalui 2 jenis pelayanan:

1. SUMBANGAN KEWANGAN. Diberikan apabila ahli-ahli apabila:
  • Terpaksa dirawat inap di rumah sakit sama ada akibat penyakit berat yang memerlukan pembedahan atau penyakit seperti tifoid, denggi dll. Sumbangan ini khusus kepada mereka yang tidak dilindungi sebarang insurans kesihatan*
  • Kecurian atau rompakan*
  • Kematian keluarga terdekat: Rp 500 000
  • Bencana alam*
  • Kemalangan*
  • Kes pidana*
* tertakluk kepada budi bicara YDP Pusat iaitu Sdra Zahril Akmal dan exco kebajikan

2. PINJAMAN

Khusus kepada ahli yang mengalami kecelakaan /kecemasan mendadak dan memerlukan biaya untuk menghadapi hal itu. Dikendalikan oleh setiap cawangan melalui Tabung Kecemasan yang mendapat dana daripada Tabung Kebajikan yang dikendalikan oleh PKPMI Pusat. Jenis pinjaman:
  1. Bayaran deposit rumah sakit
  2. Kecemasan yang bukan kecelakaan seperti harus segera pulang ke Malaysia
Pinjaman boleh berubah kepada sumbangan tergantung kepada budi bicara YDP PKPMI-CJ iaitu Sdra Nabieh. Semua peminjam mesti membayar kembali pinjaman tersebut dan sekiranya gagal surat tunjuk sebab akan dihantar kepada pihak keluarga peminjam.

Bagi menjayakan tabung kebajikan ini, ahli-ahli diminta membayar wang sebesar Rp 10 000 setahun. Sekiranya ada ahli yang ingin memberikan sumbangan yang lebih, hal ini amat dialu-alukan. HANYA ahli yang membayar sahaja yang layak mendapat manfaat daripada tabung kebajikan dan tabung kecemasan ini. Pembayaran dapat dibuat kepada AJK Kebajikan & Keselamatan berikut selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2008:

  1. Uni Trisakti: Adibah-081807465994
  2. UKRIDA: Khairussyakirin- 08174962897
  3. UIN: Abdul Aziz- 081806988219
  4. UI: Kavitha- 08176401216
  5. Uni Moestopo: Adzwan- 081908665807
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi AJK di atas dan sekiranya terdapat perkara yang masih tidak jelas setelah itu, sila hubungi YDP PKPMI-CJ. Terima kasih.

Ahmad Nabieh Abqory bin Rahmat
YDP PKPMI-CJ 2008/2009

0 komen: