Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, May 28, 2009
0

Sejarah wujudnya PKPMI bermula di Pulau Jawa pada tahun 1945. Ketika itu organisasi pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhkan adalah Kesatuan Pelajar-Pelajar Malaya (KPM) yang berpusat di Yogyakarta. Organisasi Pelajar-Pelajar Malaya yang kedua didirikan di Sumatera pada tahun 1948; yang berpusat di Medan, yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaya di Medan. Pada tahun 1965, KPM dibubarkan dan membentuk sebuah persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (HMPI) yang berpusat di Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrontasi Malaysia- Indonesia, tidak terdapat sebarang catatan tentang kegiatan pelajar Malaysia di Indonesia kerana semua pelajar pulang ke tanah air. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia mulai datang lagi ke Indonesia.

Pada 18 Mei 1968, HMPI mengadakan kongres. Dalam kongres tersebut dipersetujui untuk HMPI menjadi PKPMI iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia dan menetapkan Jakarta sebagai pusat manakala Yogyakarta adalah cawangan PKPMI. Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di Pulau Jawa bagi membentuk beberapa cawangan PKPMI yang di antaranya adalah :-

  • Cawangan Jakarta (18 Mei 1968 )
  • Cawangan Yogyakarta ( 18 Mei 1968 )
  • Cawangan Bogor ( 23 Mei 1968 )
  • Cawangan Bandung ( 12 April 1969)
  • Cawangan Surabaya (10 November 1972)
  • Cawangan Bali (30 September 1986)
  • Cawangan Ujung Pandang ( 17 Oktober 1987 )

Setelah konfrontasi tamat, pelajar-pelajar Malaysia di Sumatera kembali ke Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa Malaysia Sumatera (HMMS ) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1982, HMMS dibubarkan dan bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini, semakin bertambah cawangan- cawangan PKPMI di seluruh Indonesia. Penubuhan cawangan- cawangan PKPMI di Sumatera bermula dengan :-

  • Cawangan Medan ( Mei 1982)
  • Cawangan Acheh ( 25 Disember 1985)
  • Cawangan Padang ( 25 Mac 1986)

Dengan bertambahnya umur PKPMI, maka jumlah cawangan PKPMI turut bertambah. Sehingga sekarang ini terdapat 13 cawangan PKPMI di seluruh Indonesia , iaitu Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Malang, Medan, Bali, Palembang, Jambi, Pekan Baru,Padang, Solo dan Makassar.




0 komen: