Alhamdulillhah pada jam 9 pagi hari Ahad bersamaan dengan 17 Mei 2009 baru-baru ini telah diadakan mesyuarat AJK PKMI-CJ bagi sesi 09/10. Mesyuarat ini bertempat di Dewan Besar Kedubes Malaysia dan telah dihadiri oleh semua MT dan hampir semua AJK Biro dari setiap universiti di Jakarta.
Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :
• Penyerahan watikah perlantikan AJK biro oleh YDP
• Pembentangan bidang tugas(jobdesk) setiap biro oleh Pengerusi Tetap.
• Perbincangan masing-masing biro berkenaan aktiviti/program sepanjang sesi 09/10.
• Pembentangan aktiviti masing-masing biro oleh ketua biro.
• Hal-hal lain seperti KITAS, EREP.
Mesyuarat ditangguhkan jam 1 petang dan disusuli dengan makan tengahari.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK PKPMI-CJ yang telah menghadirkan diri dan mengorbankan beberapa jam dari hari minggu anda. Semua ini dilakukan untuk kebaikan bersama. PKPMI-CJ berharap setiap AJK biro dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik dan memberikan komitmen yang sepenuhnya..

0 komen:
Post a Comment