Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, May 21, 2009
0

Pada hari Khamis(14 Mei 2009) lepas, telah berlangsung satu sesi perjanjian kerjasama di antara PKPMI-CJ dan Pak Usman tentang pengurusan proses keimigrasian mahasiswa Malaysia di Jakarta. Perjanjian tersebut telah dibuat di BTG, Jl. Pulomacan Raya, No. 48-50 Tomang, 11440, Jakarta Barat. Di dalam perjanjian tersebut, PKPMI-CJ akan menggunakan perkhidmatan proses pengurusan keimigrasian dari Pak Usman dengan ketentuan-ketentuan yang telah tertulis di dalam perjanjian tersebut. Alhamdulillah, kedua pihak telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut dan kedua pihak berjabat tangan tanda persepakatan telah dicapai. PKPMI-CJ mengharapkan kerjasama dari semua pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta di dalam sebarang hal keimigrasian supaya proses pengurusannya dapat berlangsung dengan lancar.

0 komen: