JAKARTA, 26 Okt (Bernama) - Malaysia menitipkan ratusan belianya di Indonesia kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (PBSM) untuk belajar dan menimba pengalaman menangani situasi kecemasan khususnya dalam aspek memberikan bantuan awal semasa menghadapi gejala bencana alam.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika ''menyerahkan'' para belia itu, yang terdiri daripada mahasiswa Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di 13 universiti di Indonesia berkata, banyak yang mereka dapat pelajari daripada kegiatan sukarela PBSM Indonesia yang aktif membantu mangsa-mangsa bencana seperti gempa bumi.
"Pembelajaran kegiatan sukarelawan daripada PBSM Indonesia ini akan memperkaya (pengalaman) belia Malaysia setelah mereka bekerja kelak, untuk tampil menjadi barisan hadapan sukarelawan Malaysia di masa depan bukan saja dalam negara tetapi juga di merata dunia," katanya kepada BERNAMA di sini, malam tadi.
Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia yang diwakili Datuk Dr Junaidi Abu Bakar dengan PBSM Indonesia yang diwakili Dr Fuadi Yatim, bertujuan menyelaras gerak kerja sukarelawan pelajar Malaysia setiap kali terjadi bencana di negara ini.
Shabery berkata pengalaman itu sangat berharga bagi para belia Malaysia, dan ia sekali gus melengkapi pembelajaran di luar kuliah bidang kedoktoran, pergigian dan farmasi yang mereka ikuti di universiti-universiti terakreditasi di sini, selain menjadi saluran bagi mereka bergaul dengan masyarakat setempat.
Beliau berkata para pelajar berbilang kaum itu juga sekali gus menganggotai program Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa yang dipelopori Kementerian Belia dan Sukan, yang sudah pun dibuka dua cawangan di Bandung kelmarin dan di Jakarta malam tadi.
"Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan dana secukupnya bagi membiayai projek-projek yang dijalankan para pelajar melalui program berkenaan supaya mereka tidak sebaliknya menjadi beban kepada tuan rumah dari segi keperluan makan minum dan tempat tinggal ketika menyertai aktiviti PBSM Indonesia," katanya.
Sementara itu Pengerusi Kelab Umno Jakarta Rizal Abdul Rahman berkata kesempatan yang diberikan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar terutama 450 anggota Kelab Umno Jakarta bagi menimba pengalaman yang mungkin sukar diperolehi di Malaysia yang jarang dilanda bencana seperti gempa bumi dan semua keadaan kecemasan berkaitan.
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Jakarta Mohd Zailani Abd Shariff pula berkata semua pelajar senior akan digalakkan menyertai aktiviti kemasyarakatan yang diselaraskan oleh PBSM Indonesia ini yang akan dipastikan tidak mengganggu jadual kuliah mereka.
Sumber: BERNAMA

0 komen:
Post a Comment