
Timbalan Perdana Menteri berkata, risiko bencana alam seperti gempa bumi yang berlaku di Indonesia bukan bencana yang berterusan.
"Saya tidak fikir jadi bila dah berlaku (gempa bumi), kita tidak lagi hendak hantar pelajar ke sana. Peluang belajar ada di mana-mana... banyak institusi pengajian tinggi di sana yang menarik minat orang Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Larut di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejadian gempa bumi di Sumatera Barat, Indonesia, Rabu lalu tidak akan menjejaskan keputusan kerajaan untuk terus menghantar pelajar ke sana atau menghalang ibu bapa yang menaja pengajian anak mereka terutama dalam bidang perubatan.
Malah, katanya, kerajaan membuka peluang seluas-luasnya kepada ibu bapa untuk memilih negara dan menaja sendiri program pengajian yang dikehendaki. - Bernama
0 komen:
Post a Comment