Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, October 02, 2009
1


PETALING JAYA: Empat pesawat TUDM yang membawa pulang seramai 323 pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia ekoran kejadian gempa bumi di Padang, Indonesia, tiba di Lapangan Terbang Subang awal pagi ini.

Difahamkan, pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti bidang perubatan di sana tidak menjamah makanan selama dua hari sejak gempa bumi melanda bandar tersebut pada Rabu lalu.

Pesawat telah dihantar untuk membawa mereka pulang ke rumah masing-masing.

Para pelajar dipindahkan ke Universiti Putra Malaysia dari lapangan terbang seperti yang dimaklumkan oleh pegawai kerajaan semalam.

Dua puluh enam orang termasuk para pegawai dari Wisma Putra, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri telah mengikut penerbangan yang pertama.

Para pegawai kerajaan berkata kumpulan perubatan turut menyertai mereka untuk merawat para pelajar yang cedera.

Makanan dan keperluan lain juga dibawa ke Padang untuk 50 orang pelajar yang sukarela berada di sana dan membantu mangsa yang lain.

Bagaimanapun, Bernama telah memetik timbalan ketua misi di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Amran Moham-ed Zain, sebagai berkata semalam bahawa ia adalah masa terbaik bagi membawa semua pelajar ke rumah.

Wisma Putra telah menyediakan bilik-bilik operasi untuk menerima pertanyaan daripada orang ramai di talian 03-88892746 / 03-88874570. Bilik Operasi Kedutaaan Malaysia di Jakarta Embassy of Malaysia in Jakarta boleh didapati di +6221-5224947 +6221-5224971.

Sumber : mStar Online

1 komen:

Mr. B said...

alhamdulilah semua selamat..insyaallah