Tempat : Dewan Besar Kedutaan Besar Malaysia
Tarikh : 18 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Mesyuarat ahli PKPMI-CJ sesi 2009/2010 kali -1 telah dihadiri oleh pelajar seramai 250 orang daripada Universitas Trisakti, Universitas Kristen Krida Wacana, Universitas Islam Negeri, Universitas Prof Dr Moestopo (B) dan Universitas Indonesia. Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk melaporkan aktiviti PKPMI-CJ, laporan biro dan laporan kewangan sehingga Oktober serta takwim aktiviti yang akan datang.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Naib yang Dipertua bagi pihak Yang Di Pertua yang tidak dapat hadir. Seterusnya pembentangan laporan aktiviti yang telah dijalankan oleh Setiausaha I. Laporan aktiviti kemudiaannya diserikan dengan tayangan video aktiviti-aktiviti PKPMI-CJ atas terbitan Biro Multimedia. Laporan kewangan menyusul setelah tamat tayangan video dengan Bendahari I yang akan membentangkan laporan tersebut. Sesi soal jawab dibuka kepada para hadirin bagi mengeluarkan isi hati, masalah dan cadangan mereka kepada Majlis Tertinggi. Setelah selesai acara pembentangan laporan, Ketua Biro Diplomatik memberikan penerangan tentang cara pengisian dan penyerahan borang klaim KITAS.
Majlis bersurai tepat pada jam 12 tengahari. Para hadirin dijamu dengan makanan tengahari. Diharapkan mesyuarat kali ini dapat memberi penerangan kepada ahli tentang semua kegiatan PKPMI-CJ dan rencana aktiviti yang akan diadakan tak lama lagi.
0 komen:
Post a Comment