1. Dukacita dimaklumkan bahawa program Nonton Bareng Laskar Pelangi terpaksa ditunda ke 7 Disember 2008 (Ahad). Hal ini disebabkan sambutan yang sangat tidak menggalakkan daripada pelajar setakat ini. Pada saat pengumuman ini dibuat, jumlah pelajar yang berminat adalah dibawah 50 orang sedangkan 200 peserta diperlukan. Penyewaan tempat pula adalah per studio dan bukannya per orang, maka sekiranya sambutan sangat kurang PKPMI-CJ akan terpaksa menanggung kerugian yang tidak sepatutnya.
Besarlah harapan kami agar program yang telah ditunda ke 7 Disember, ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar. Lagipun ia adalah program yang gratis dan filem yang ditayangkan pula adalah filem yang hebat dan penuh pengajaran khususnya dalam aspek pendidikan. Ia telah ditonton oleh lebih 4 juta orang termasuk Yth Bapak SBY, Presiden Republik Indonesia dan menteri-menteri.
Tidak perlu khuatir percampuran lelaki perempuan kerana secara asasnya tempat duduk dipisah. Lagi pula program ini akan disertai oleh pegawai2 kedutaan dan Malaysia Club Jakarta dan turut mendapat liputan media massa lokal.
Ahmad Nabieh Abqory,
YDP PKPMI-CJ sesi 2008/09

0 komen:
Post a Comment