Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, November 27, 2008
0
Saya dengan tegas menasihatkan supaya para pelajar di Jakarta menjauhi sebarang tindakan yang boleh mencetuskan permusuhan dan persengketaan. Hal-hal yang berbaur fitnah MESTILAH dihentikan. Kenyataan di bawah adalah atas prinsip keadilan dan menjaga keharmonian antara semua pihak.

Sejak kebelakangan ini, seorang pelajar UKRIDA iaitu Saudara Nasim telah dituduh dengan pelbagai hal yang diluar logik akal dan perkara ini telah menimbulkan polemik baik dikalangan pelajar mahupun pihak Kedutaan Besar Malaysia. Saya bimbang hal ini akan mengganggu kehidupan beliau dan menyebabkan prasangka yang tidak benar kepada beliau.

Saudara Nasim sendiri telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut. Beliau dikatakan sebagai membawa ajaran yang mengelirukan dan didakwa telah mengatakan bahawa babi itu halal, menghalalkan lelaki dan wanita bersentuhan, memaksa wanita haid membaca Quran dsb. Bagi saya, hal-hal yang dibangkitkan berupa fitnah dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana pendakwa tidak pun mengemukakan bukti atas dakwaan yang diberikan. Tiada rakaman atau tulisan yang dibuat oleh Saudara Nasim yang diambil oleh pendakwa sebagai bukti atas dakwaannya.

Saya sendiri akan menyanggah beliau sekiranya beliau benar2 mengeluarkan kenyataan2 pelik begitu. Namun saya sangat yakin hal-hal itu tidak akan dan tidak pernah dinyatakan oleh beliau kerana ia jelas2 menyanggahi Quran dan Sunnah. Sedangkan semua orang tahu bhwa Nasim sangat menekankan aspek dalil dalam berbicara tentang agama. Menurut pelbagai risikan yang dibuat, tiada apa pun yang mengelirukan tentang ajaran yang disampaikan kerana setiap kenyataan disertakan rujukan daripada Quran, Sunnah, pandangan para sahabat Rasulullah s.a.w dan pandangan para ulama seperti 4 Imam Mazhab, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar al-Asqalani, az-Zahabi, as-Syaukani, Dr Yusuf al-Qaradhawi dan pelbagai lagi. Sepatutnya kita semua berterima kasih atas kesudian beliau menyampaikan ilmu agama walaupun tidak dibayar se rupiah pun. Dan kalau pun sebahagiannya tidak suka mendengar taalim/kuliah agama, maka janganlah 'mencantas' program-program tersebut dengan fitnah dan pembohongan.

Adapun sekiranya Nasim mendakwa bahawa
' menyentuh khinzir tidak perlu samak dengan air tanah' maka saya kira kenyataan ini masih termasuk dalam perbincangan para ulama. Imam Nawawi (mazhab Syafie) sendiri mengatakan tidak perlu samak sedemikian rupa dalam kitabnya al-Majmu' Syarh al-Muhazzab . Sekiranya Naseem mendakwa bahawa 'menyentuh tangan suami & isteri tidak membatalkan wuduk' maka kita semua tahu bahawa itulah juga pendirian Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad dan ramai lagi ahli fiqh sepanjang zaman. Tentang pemaksaan wanita haid membaca Quran pula ia sangatlah tidak logik kerana ia adalah hak asasi individu dan Nasim menyedari bahawa beliau tak berhak memaksa orang lain. Banyak lagi dakwaan2 yg dilemparkan namun semuanya saya kira fitnah dan salah faham sahaja.

Maka saya berharap hentikanlah sebarang percubaan menjatuhkan orang lain melalui fitnah dan mencari aib sesama sendiri. Bersikap matanglah dan hentikanlah sifat hasad dengki. Jangan mudah melemparkan kenyataan sebelum saudara/ri benar2 memahami sesuatu dakwaan. Kepada saudara/ri yang suka mempercayai khabar angin, sila gunakan neraca ilmu dalam menilai sesuatu berita dan lihatlah siapa yang menyampaikan cerita tersebut.

Semua nasihat di atas ditujukan untuk kes Nasim dan orang-orang yang lain buat masa ini & di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Maksud firman Allah s.w.t: "(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar."
an-Nur: 15

Maksud firman Allah s.w.t: " Wahai orang-orang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,
maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (tidak hati-hati menerima berita), yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu."
al-Hujurat: 6
Ahmad Nabieh Abqory,
YDP PKPMI-CJ sesi 2008/09

0 komen: