Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Tuesday, November 18, 2008
0
Semuanya berjalan dengan lancar, namun dukacita dimaklumkan apabila semua kontinjen sukan gagal meraih sebarang kejuaraan tempat ke-1, 2 dan 3. Faktor keletihan mungkin berperanan kerana kontinjen Jakarta terpaksa menghabiskan masa 15.5 jam untuk perjalanan dengan bas Jakarta-Jogja, dan sejurus sampai di Jogja pada jam 13.30 WIB (Jumaat) kami terpaksa terus bermain siang itu juga.

Namun yang pasti, untuk masa-masa yang akan datang pemilihan transportasi yang tepat perlu dilakukan. Selain itu, yang lebih penting PKPMI-CJ dan KUJ akan berusaha memantapkan bidang sukan dikalangan mahasiswa-mahasiswi sama ada melalui penganjuran aktiviti sukan yang lebih kerap atau sebagainya. Mahasiswa-mahasiswi juga diharapkan agar terus berlatih lebih sering pada masa-masa yang terluang.

Para peserta kontinjen juga berpuas hati kerana berpeluang membeli oleh-oleh dari Jl Malioboro, Toko Kaos Dagadu, Bakpia Pathok dan yang paling syok adalah dapat ke warisan sejarah yang terkenal iaitu Candi Borobudur.

Foto-foto dan Laporan penuh menyusul. Terima kasih


0 komen: