Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, November 22, 2008
4
Pertama kali dalam sejarah di Jakarta: Nonton Bareng Gratis Bersama PKPMI-CJ! Terbuka kepada pelajar-pelajar yang telah (dan akan) membayar yuran tahunan sesi 2008/09 sahaja.* You dont want to miss it!
  • Tarikh: 30 November 2008 (Ahad)
  • Masa: 9.30 pagi- 12.30 t/hari
  • Tempat: Djakarta Theatre XXI (di perempatan Mal Sarinah), Jl Thamrin
  • Bayaran: Ahli- gratis.. Bukan ahli- Rp 25 000
  • Undangan: Beberapa orang pegawai atasan Kedutaan Besar Malaysia dan ahli Malaysia Club Jakarta (expatriats club)
Rebut juga peluang memenangi cabutan bertuah berupa 3 buah Novel Laskar Pelangi!
TERHAD kepada 200 orang pertama yang mendaftarkan diri, first come first served. Sila daftarkan nama penuh, universiti dan no hp anda kepada Saudari Farhana (Ketua Biro Kebudayaan & Kesenian) di 081806978073 atau farhana_268@yahoo.com. Tarikh akhir pendaftaran adalah Rabu jam 12 malam. Daftarkan diri anda sekarang juga, jangan sampai ketinggalan!

*Satu surat tuntutan yuran tahunan akan diedarkan kepada semua ahli. Anda boleh membayarnya langsung kepada AJK perhubungan di universiti atau membayarnya pada hari acara (30 November 2008) di Djakarta Theatre.

- Sesiapa yang telah mendaftarkan diri, mestilah hadir pada hari acara atau membuat pembatalan/ memaklumkan pengganti kepada Saudari Farhana paling lambat pada hari Jumaat jam 1 petang. Jika tidak, anda akan dituntut untuk membayar ganti rugi sebanyak Rp 25 000

- Disebabkan tanggal 30/11/2008 adalah hari bebas kenderaan bermotor di Jl Thamrin, maka anda dinasihatkan supaya ke Djakarta Theatre melalui Tanah Abang atau Menteng

- Nonton bareng ini terpaksa bertukar tempat dari Mal Taman Anggrek disebabkan semua studio di TA telah disewa oleh pihak gereja pada setiap hari Ahad.


Sebuah adaptasi sinema dari novel fenomenal LASKAR PELANGI karya Andrea Hirata, filem ini telah ditonton lebih daripada 4 juta orang termasuklah Bapak Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Republik Indonesia dan isteri dan beberapa orang menteri.

Film yang benar-benar fantastis, dipenuhi kisah tentang kalangan pinggiran, dan kisah perjuangan hidup menggapai mimpi yang mengharukan, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.

Selamat Menyaksikan!

4 komen:

Anonymous said...

besh sangat citer nih..tak rugi ar kalo tengok..jangan ketinggalan..semoga ia menjadi pengajaran buat kita yg hidup dalam kemewahan utk study..bersyukurlah..

Anonymous said...

o yeke besh wahai cik tingtong....kalo lawan dengan ayat2 cinta...mana lg masyuk

Anonymous said...

ayat2 cinta dengan laskar pelangi ni 4 me,takleh nak buat perbandingan..sebab apa..hurmm..sebab mesej dia sangatlah jauh berbeza..tapi kedua2 nya besh ar..satu lagi..laskar pelangi ni guna bahasa melayu yg ada bahasa indonesia..haha..tak paham?makanya..pegi la menonton laskar pelangi..

Anonymous said...

tapi lain org,lain komen kot nanti..tp,4 me..citer ni besh,hayati lah wahai teman2