Assalamualaikum wr wb dan selamat sejahtera.
Puji dan syukur kepada Allah SWT. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada junjungan besar Nabi SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Radhiyallahuanhum ajmai'n.
Sekalung penghargaan saya sampaikan kepada Biro Multimedia & Penerbitan kerana berjaya mewujudkan blog ini bagi memudahkan komunikasi dikalangan ahli. Hasrat dan perencanaan semenjak sekian lama, tuntas jua akhirnya. Manfaatkan ruangan komen & bicara untuk memberikan pendapat, cadangan dan kritikan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang saudara/ri berikan kepada saya untuk menerajui PKPMI cawangan Jakarta semenjak dari penghujung bulan Februari 2008 yang lalu. Tahniah juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah dilantik. Selamat menjalankan tugas!
Tiada madah lain yang ingin saya sampaikan melainkan "berilah sepenuh kerjasama kepada Jawatankuasa PKPMI-CJ dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan seluruh ahli dan menjalankan program-program yang bermanfaat. Jangan segan untuk memberikan pendapat, bimbingan, nasihat dan teguran kepada kami. Yang penting ia disampaikan dengan baik dan bersifat membina (konstruktif) dan bukannya meruntuhkan (destruktif)."
Dengan jumlah mahasiswa-mahasiswi Malaysia seramai 600 orang di 5 buah universiti yang berbeza-beza, maka sudah tentu cabaran yang dihadapi adalah lebih besar. Maka kerjasama dan bantuan daripada anda semua amatlah kami harapkan.
Ada 10 perkara yang perlu saya tekankan demi kebaikan kita semua. Mohon difahami dengan saksama.
- Setiap AJK yang dilantik bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh amanah & dedikasi. Setiap ahli berhak untuk menegur secara baik kepada mana-mana AJK yang tidak berdedikasi.
- Sebagai mahasiswa-mahasiswi, adalah menjadi tanggungjawab individu untuk menimba ilmu dalam bidang masing-masing. Namun, menjadi tanggungjawab rakan-rakan yang lain untuk membantu rakan-rakan yang kurang cemerlang. TIADA ISTILAH -Personal Glory!
- Khusus kepada mahasiswa-mahasiswi dalam bidang sains tulin (FK, FKG dan Farmasi), kecemerlangan dalam ujian dan peperiksaan adalah penting. Namun jangan pernah memandang enteng medical skills & keterampilan sebagai seorang doktor dsb. Bijaklah dalam berkomunikasi, bersosial, berpakaian dan seumpamanya. Jangan bersikap pasif, menyendiri & merasa eksklusif. Tingkatkan bakat dan kebolehan dalam hal-hal non-medic seperti pengurusan, kepimpinan, kesenian dan kebudayaan.
- Khusus kepada mahasiswa-mahasiswi aliran agama, capailah prestasi akademik yang terbaik kampus anda. Lengkapkan diri dengan kefahaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang- bidang agama yang lain. Sekiranya pulang ke Malaysia nanti ada yang menggelar saudara/ri sebagai ustaz/ustazah, maka pastikan gelaran itu benar-benar layak disandang. Persoalan aqidah, fikih dll perlulah dikuasai dengan baik demi menjaga kualiti & maruah sebagai graduan aliran agama.
- PKPMI-CJ amat menggalakkan mahasiswa-mahasiswi Malaysia bergiat aktif di kampus. Persatuan ini tidak mampu untuk melengkapkan saudara/ri dengan pelbagai skills, ada keterbatasan di pihak kami. Namun kami akan berusaha sebaik mungkin. Kami juga akan berusaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan organisasi-organisasi di kampus sehingga pelbagai manfaat dapat diperolehi kita semua.
- Perpaduan dan permuafakatan adalah hal yang penting dikalangan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Hubungan baik dengan hendaklah bukan sahaja dikalangan mahasiswa Malaysia, namun MESTI diperluaskan ke segenap masyarakat Indonesia di tempat masing-masing . Jangan bersikap eksklusif sebagai warga Malaysia kerana warga Indonesia tidak sukakan hal itu. Terlibatlah secara aktif dengan bersolat jemaah, bertegur sapa, gotong-royong dan bertandang ke rumah Pak RT/RW dan jiran-jiran.
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
- Sila jaga hubungan baik dengan warga Kedutaan Besar Malaysia. Berpakaian kemas lah setiap kali ke sana dan bersikap ramahlah kepada mereka. Sila berbudi bahasa yang tinggi apabila berkomunikasi dengan mereka. Banyak pihak menilai mahasiswa-mahasiswi sebagai kurang mesra. Sedapat mungkin, penuhilah undangan-undangan yang mereka berikan. Sekiranya hubungan saudara/ri dengan merek akrab, banyak manfaat yang bakal diperoleh.
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
- Saudara/ri juga dilarang terlibat secara langsung dengan sebarang kegiatan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang dari Malaysia. Begitu juga dengan kegiatan politik di Indonesia. Undangan kepada mana-mana pihak dari Malaysia perlu mendapat kelulusan JPMI berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan.
- Adalah menjadi tanggungjawab individu untuk mengajukan perpanjangan KITAS kepada Biro Kebajikan & Keselamatan PKPMI-CJ di kampus masing-masing, PALING LAMBAT 4 bulan sebelum tarikh tamat. Untuk urusan EREP, boleh berhubung langsung dengan Pak Osman atau Biro Kebajikan & Keselamatan, PALING LAMBAT 3 minggu sebelum keberangkatan. Atas alasan keselamatan pula, setiap perjalanan ke luar Jakarta & melibatkan 5 orang & ke atas perlulah dimaklumkan kepada YDP PKPMI-CJ. Cukup sekadar menelefon.
- Menjadi kewajiban kepada setiap ahli pesatuan untuk memperbaharui yuran keahlian setiap tahun. Kegagalan saudara/ri untuk berbuat demikian akan menyebabkan dana PKPMI-CJ susut sehingga tidak banyak pogram-program kebajikan yang dapat dijalankan. Kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bemanfaat melalui setiap biro yang ditubuhkan di PKPMI-CJ.
Sekiranya suadara/ri mempunyai idea-idea atau pendapat, sila sampaikan kepada kami. Kami sangat mengalu-alukannya. Wassalam & good bye. Terima kasih.
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
* Pantun-pantun di atas diambil dan diolah daripada Allahyarham Usman Awang.
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
* Pantun-pantun di atas diambil dan diolah daripada Allahyarham Usman Awang.
AHMAD NABIEH ABQORY BIN RAHMAT
YANG DIPERTUA
PKPMI CAWANGAN JAKARTA
SESI 2008/09
HP- 08174935836
email- nabiehrahmat@yahoo.com
YANG DIPERTUA
PKPMI CAWANGAN JAKARTA
SESI 2008/09
HP- 08174935836
email- nabiehrahmat@yahoo.com
0 komen:
Post a Comment