SEJARAH PKPMI
Sejarah wujudnya PKPMI bermula di Pulau Jawa pada
tahun 1945. Ketika itu organisasi pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhkan
adalah Kesatuan Pelajar-pelajar Malaya (KPM) yang berpusat di yogyakarta.
Organisasi pelajar-pelajar Malaya yang kedua didirikan di Sumatera pada tahun
1948 yang berpusat di Medan, yang dinamakan Persatuan Kebangsaan
Pelajar-pelajar Malaya di Medan.
Pada tahun 1965, KPM telah dibubarkan dan membentuk
sebuah persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-pelajar Malaysia di
Indonesia (HPMI) yang berpusat di Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrantasi
Malaysia-Indonesia, tidak dapat sebarang catatan tentang kegiatan pelajar
Malaysia di Indonesia kerana semua pelajar pulang ke tanah air.
Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia mulai
datang lagi ke Indonesia. Pada 18 Mei 1968, HPMI menjadi PKPMI, iaitu Persatuan
Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dan menetapkan Jakarta sebagai
pusat manakala Yogyakarta sebagai cawangan PKPMI.
Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di Pulau
Jawa bagi membentuk beberapa buah cawangan PKPMI yang diantaranya adalah
cawangan Jakarta (18 Mei 1968), Yogyakarta (18 Mei 1968), Bogor (23 Mei 1968),
Bandung (12 April 1969), Surabaya (10 November 1972), Bali (30 September 1986)
dan Ujung Padang (17 Oktober 1987).
Setelah konfrantasi tamat, pelajar-pelajar Malaysia
di Sumatera kembali ke Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa Malaysia
Sumatera (HMMS) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1982, HMMS dibubarkan dan
bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini, semakin bertambah
cawangan-cawangan PKPMI di seluruh Indonesia.
Penubuhan cawangan-cawangan PKPMI di Sumatera
bermula dengan cawangan Medan (Mei 1982), Acheh (25 Disember 1985) dan Padang
(25 Mac 1986). Dengan berjalannya waktu, cawangan PKPMI turut bertambah.
Cawangan-cawangan PKPMI yang lain adalah Semarang, Malang, Palembang, Pekan
Baru, Indramayu dan Jambi. Sehingga kini, terdapat 16 cawangan PKPMI di seluruh
Indonesia.
Pada tahun penubuhannya, PKPMI telah diiktiraf oleh
Kedutaan Besar Malaysia dalam menjalankan kegiatannya. Pada 4 Februari 1969,
persatuan ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
ASAS DAN TUJUAN PKPMI
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di
Indonesia (PKPMI-CJ) adalah merupakan sebuah persatuanyang berasaskan kepada
pendidikan, persahabatan dan kesatuan. PKPMI membantu meningkatkan mutu
pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan
berteraskan pada nilai-nilai Islam dan ideologi kebangsaan Malaysia iaitu Rukun
Negara.
Persatuan ini adalah persatuan yang telah diakui
oleh Education Malaysia (EM) di Indonesia, secara tidak langsung, PKPMI
berperanan sebagai:
- Menyatupadukan seluruh pelajar Malaysia di Indonesia dalam usaha memupuk semangat kebangsaan dan rasa tanggungjawab berdasarkan Rukun Negara.
- Menjaga kepentingan dan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dalam segala hal perundingan dan perhubungan dengan pihak yang berkenaan.
- Berusaha mendekatkan hubungan antara pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan masyarakat serta pelajar-pelajar asing yang lain di Indonesia.
- Menjalankan kegiatan sosial dan ilmiah yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan peraturan setempat.
- Meningkatkan dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia.
- Bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, khususnya Bahagian Education Malaysia (EM) di Indonesia dalam segala hal yang menuju tercapainya tujuan dan matlamat di atas.
- Bekerjasama dengan konsulat Malaysia yang berada di Indonesia, iaitu Konsulat Jeneral di Medan dan Konsulat Malaysia di Pekan Baru, Indonesia.
0 komen:
Post a Comment