Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, September 05, 2008
17
  • Di bawah projek PKPMI-CJ Merchandise, PKPMI-CJ dengan berbesar hati akan melaksanakan pembuatan T-shirt rasmi persatuan
  • Atas 2 alasan:

Pertama- Lambang keseragaman dan perpaduan ahli-ahli PKPMI-CJ
Kedua- Menjana pendapatan untuk PKPMI-CJ sehingga lebih banyak
manfaat dapat diberikan kepada para ahli
  • Corak di bawah terhasil daripada kombinasi pemenang 'Pertandingan Reka Bentuk T-Shirt PKPMI-CJ' yang dijalankan pada Disember 2007 selama sebulan. Berdasarkan 3 kali mesyuarat Jawatankuasa semenjak Februari 2008, corak dan pilihan warna yang disepakati adalah seperti di bawah. Kami tidak bercadang untuk membuat pilihan yang baru kerana terlalu sulit untuk memuaskan selera setiap ahli dan perkara ini telah menimbulkan kebuntuan selama lebih 6 bulan.
  • Kami amat berharap agar para ahli dapat membuat pilihan dengan mengundi di ruangan sebelah. Corak dan warna yang mendapat undian tertinggi akan dipilih sebagai T-Shirt rasmi PKPMI-CJ. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan akan dimaklumkan kemudian.

TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN SAUDARA/SAUDARI

oleh: MT dan AJK PKPMI-CJ 2008/09

Click image for larger view:

Type 1a
Type 1b


@ipin02

17 komen:

Anonymous said...

Jom ramai2 undi baju 1b

Anonymous said...

wahai anonymous,berilah peluang kepada para pelajar undi memilih mengikut citarasa masing2....sy prefer 1a tp x kesah r krg nk undi mana2....

Anonymous said...

sye bg peluang la tu..sye bg peluang utk diorg memilih..terserah la sape yg terpujuk rayu ngn saye..hehe..SELAMAT MENGUNDI!!(pilih yang paling kurang memberi mudarat..cm knal je ayat ni..huhu)

Anonymous said...

baju pkpmi truk...better bt yg lain...takot xde org bli....pkpmi jgk yg rugi...

Anonymous said...

saya prefer type 3B
wahai bdk baek,
klu nk baju yg cantik ko reka la sendiri...

Anonymous said...

salam...
aku prefer bj 1b...

Anonymous said...

wahai tawakal jaya...
aku cme pentingkn imej pkpmi je....
yg ko nk cri gaduh apsal...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kepada budak baek-Selama kami meeting berkali-kali dan berjam-jam, smua buntu tentang design & warna apa yg nak dipilih. lepas sepakat, then ditolak oleh ahli, contohnya time mesyuarat agong, Feb 2008..

so pd meeting Jun 2008, 40 ajk yg dtg sepakat dgn design yg di atas& AJK bersetuju kalau nak puaskan hati semua org, xkan jadi smpai bila-bila..Harap maklum

Anonymous said...

benar la kata pak warden-pelajar di sini tak pandai berkomunikasi..bdk baek & tawakal jaya, guna la bhs yg sopan..korg pun tau dlm dunia maya ni tiada intonasi, so org bleh slh interprete=)..BERBUDI BAHASA LAH ok~

Anonymous said...

budi bahasa budaya kita

huhu,lame sgt nak milih design ,mcm ape je..

klakau klakau..
6bulan xhabis2 g isu ni..

xyah buat la utk anak2 jakarta ni..
soh bwat design sendiri..

tidak pernah mau mengAPRESIASI seni..

Anonymous said...

"kombinasi pemenang 'Pertandingan Reka Bentuk T-Shirt PKPMI-CJ'"

ada pertandingan ke?knp xdiumumkan kat dinner pon..

Anonymous said...

kpd bocah, itulah, niat asal dan janji asal mmg nak umum time dinner, tp xdapat..sebab wktu tu dh ada design yg dirasakan sesuai slps 3 kali meeting, tp ramai yg menolak.so kami tpaksa tangguh lg.

tntg prtandingan tu sndiri, dh diumumkan setiap uni, bagi surat n sms..

susah nak kompak dlm hal yg xsusah mana sgt pun..biaselah bocah, banyak org, banyak ragam..

harap2nya, lepas design yg terpilih nanti, semua spakat la..

TQ

nabiehrahmat@yahoo.com

Anonymous said...

mari ramai2 mengundi..sokonglah niat baik pkpmi cj ni..bukan susah pun..bukak..then pilih yg berkenan di hati..then..vote..senang jee.hurm..jgn lah pasal baju pun sampai nak gaduh2..tak elok ar..ilek ar..undi je yg ada ni,sebab kalo tak,memang sampai bila2 la takkan pernah dapat memuaskan hati org..okes..do support us..tq

Anonymous said...

wuaaa..yg 1b stakat ni paling tinggii..yeay!!!basyaaa..1b..1b..huhu

jaja yumiko said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kepada yang tak suke tu, pkirla, ingat diorang pkpmi ni takde keje ke nak layan sorang2 punye kehendak. diorang dah kata ni design sepakat so ni la die.

saya vote 3 b!!