Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, September 20, 2008
0
@kakros01PKPMI-CJ mengajak seluruh umat Islam agar memanfaatkan sisa 10 malam terakhir Ramadhan untuk melipat gandakan ibadat. Sesungguhnya dalam sisa tersebut terkandung keistimewaan yang luar biasa iaitu Lailatul Qadr.



Maksud firman Allah SWT: "Lailatul qadr itu lebih baik daripada 1000 bulan"
Surah al-Qadr:3

"Baginda bersungguh-sungguh melakukan (Qiyam Ramadhan) pada 10 terakhir yang tidak pernah baginda lakukan pada bulan-bulan lain"
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim

@ipin01Bilakah Lailatul Qadr itu?

Dari Aisyah r.a., dia berkata: Rasulullah SAW selalu beri'tikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan dan beliau bersabda: "Carilah Lailatul qadr itu pada 10 hari terakhir dari Ramadhan
Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Dalam riwayat yan
g lain, Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatul Qadr itu pada hari ganjil dari 10 hari yang terakhir dari Ramadhan"
Hadis Riwayat Imam Bukhari


Sekiranya saudara/ri bertemu dengan Lailatul Qadr, apa yang perlu dilakukan?

Aisyah r.a. berkata: Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu sekiranya jika aku dapat mengetahui malam yang mana satu berlakunya Lailatul Qadr, apa yang perlu ku baca pada malam itu? Jawab Nabi: "Bacalah, Allahumma innaka a'fuwwun tuhibbu a'fwa fa'fu a'nni (Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka pada pengampunan, maka ampunkanlah aku"
Hadis Riwayat Tirmizi, Hassan Shahih


Apa tunggu lagi, jom perbanyakkan Qiyamullail, I'tikaf jika mampu, berdoa, beristighfar.

Sapa tau kut-kut dapat bertemu Lailatul Qadr.. Tahun depan belum tentu kita masih hidup lagi=)

Laman berkaitan Lailatul Qadr di www.zaharuddin.net





0 komen: