Ahad, 7 Jun 2009 - Program lawatan PKPMI-CJ ke universitas sekitar Jakarta untuk memperkenalkan barisan Majlis Tertingginya(MT) beserta para biro diteruskan lagi. Kali ini, giliran pelajar-palajar dari UKRIDA pula berkesempatan beramah mesra dengan para MT PKPMI-CJ.Dengan kehadiran seramai 60 orang pelajar,pertemuan di ruangan 301,jam 1.00 petang ini dimulai dengan sesi perkenalan serta penerangan tentang bidang tugas masing-masing biro kepada para pelajar.Hal ini demikian untuk memudahkan pelajar berurusan dengan PKPMI sekiranya mereka mempunyai sebarang kesulitan.
Pertemuan diteruskan dengan penerangan latar belakang PKPMI oleh pengerusi tetap,saudari Masliana Alias.Beliau menerangkan sejarah,tujuan,objektif dan perancangan PKPMI agar ahli-ahli lebih jelas akan signifikan penubuhan PKPMI itu sendiri.Ketua Biro Diplomatik,saudari Zainoor ’Ain Bt Jamil seterusnya memberikan penerangan penting tentang hal-hal KITAS,ERP dan imigresen.Secara peribadi,beliau turut memberikan peringatan kepada mahasiswa/wi agar melaporkan tarikh tamat KITAS seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum tarikh luput agar tidak timbul sebarang kesulitan dalam memperbaharui KITAS.
Berikutan berlakunya kes-kes pukau,yang telah pun berlaku kepada pelajar UKRIDA sendiri,Naib yangDipertua(NYDP) II, Farid Asyraf Bin Ramli sekali lagi memberikan nasihat agar para pelajar lebih berhati-hati sekiranya mendapat sebarang panggilan yang tidak dikenali.Dengan nada mengharap,beliau meminta mangsa agar melaporkan perkara ini kepada pihak yang berwajib.Di kesempatan ini,saudara Farid turut memberikan khabar gembira kepada para pelajar tajaan JPA.Sebagaimana pelajar tajaan MARA,pelajar tajaan JPA kini berpeluang menikmati rawatan inap dan jalan dari Hospital Siloam.Prosedur untuk mendapatkan rawatan di sana turut dijelaskan.
Baru-baru ini,dua orang pelajar UKRIDA telah kehilangan ahli keluarga yang tersayang.Atas dasar keprihatinan dan kebersamaan,pihak PKPMI-CJ melalui NYDP I,saudari Tuan Nor Aizah Bt Tuan Yusoff, memberikan sumbangan ikhlas untuk meringankan beban yang ditanggung.Diharap sumbangan in dapat memberikan manfaat kepada mereka.
Dalam pada itu, YDP PKPMI-CJ, saudara Mohd. Zailani Bin Abd Shariff, pada kali ini menerangkan kelebihan kad ahli PKPMI yang kini dimiliki oleh semua pelajar.Beliau dalam pada itu turut menyentuh tentang tanggungjawab mahasiswa/wi untuk tidak menghilangkan KITAS yang begitu sulit untuk dibuat kembali.Demi kebajikan pelajar sendiri,beliau menyeru mana-mana pelajar yang masih belum mendaftar untuk segera mendaftar sebagai ahli PKPMI.Pertemuan yang tamat pada jam 2.00 petang ini diakhiri dengan pemberitahuan oleh saudari Masliana tentang kenaikan harga baju t-shirt yang sebelum ini telah ditempah kebanyakannya oleh pelajar sesi 08.

0 komen:
Post a Comment