Sabtu, 30 Mei 2009 - PKPMI-CJ telah mengadakan satu lawatan ke Universitas Prof Dr Moestopo (Beragama)(UPDMB) untuk mengunjungi pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut disana. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan ahli-ahli Majlis Tertinggi(MT) dan AJK biro-biro yang telah dilantik bagi sesi 2009/10 kepada pelajar-pelajar disini.
PKPMI-CJ yang diketuai oleh saudara Mohd Zailani Abd Shariff merangkap YDP PKPMI-CJ, ahli-ahli Majlis Tertinggi(MT), Ketua Biro Diplomatik(K.B. Diplomatik) dan Ketua Biro Multimedia, Penerbitan dan Promosi semuanya hadir di pertemuan tersebut. Kehadiran dari pihak pelajar amat memberangsangkan, seramai 33 orang pelajar telah menghadirkan diri di pertemuan yang julung kali diadakan di universitas tersebut.Pertemuan diadakan di Ruang Kuliah 505, Fakultas Kedokteran Gigi UPDMB.
Majlis dimulakan pada pukul 2.20 petang dengan salam perkenalan daripada saudari Masliana, Pengerusi Tetap PKPMI-CJ. Kemudian diteruskan dengan sesi perkenalan ahli-ahli MT PKPMI-CJ sesi 09/10 dan penjelasan tentang bidang-bidang tugas(jobdesk) setiap AJK biro PKPMI-CJ di UPDMB.
Majlis diikuti dengan penjelasan hal-hal mengenai KITAS, ERP dan imigresen oleh K.B. Diplomatik. Tidak lama selepas itu, laporan amaran mengenai penipuan XL dikalangan pelajar Malaysia disampaikan oleh NYDP II. Isu penempahan baju T-Shirt PKPMI-CJ pada sesi tahun lepas juga diberitahukan kepada para pelajar. Majlis diselitkan dengan sesi edaran borang survey MCJ untuk diisi pelajar-pelajar.
Kemuncak majlis dicapai pada sesi pembentangan oleh YDP tentang sejarah, tujuan, objektif dan perancangan PKPMI-CJ. Sebelum mengakhiri ucapan, saudara Zailani mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa Moestopo di atas kehadiran mereka dan memberi nasihat supaya mahasiswa menjaga KITAS sebaiknya daripada berlaku kehilangan.
Pada akhir majlis, Tuan Nor Aizah, NYDP I PKPMI-CJ mempromosikan kad ahli PKPMI-CJ dan menerangkan keistimewaan yang boleh didapatkan daripada kad tersebut. Perjumpaan bersama mahasiswa Moestopo tamat pada pukul 3.20 petang.
0 komen:
Post a Comment