Pada 29 Mei 2009(Jumaat), bertempat di Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia(UI), satu perjumpaan di antara PKPMI-CJ dan mahasiswa UI telah diadakan. Seramai 11 orang mahasiswa UI telah hadir di dalam pertemuan tersebut. Manakala PKPMI-CJ diwakili oleh saudara Mohd Zailani Abd Shariff, Yang Di-Pertua PKPMI-CJ, ahli-ahli Majlis Tertinggi(MT) dan Ketua Biro Diplomatik(K.B. Diplomatik). Perjumpaan dimulakan pada pukul 4 petang dengan kata-kata pendahuluan daripada Setiausaha PKPMI-CJ, saudara Mohd. Asri diikuti pengenalan ahli-ahli MT PKPMI-CJ sesi 09/10 kepada mahasiswa UI. Kemudian diteruskan dengan penjelasan bidang tugas setiap biro. Sejurus selepas itu, penjelasan tentang KITAS dan EREP oleh saudari Zainoor 'Ain, K.B. Diplomatik. Turut diterangkan juga bahwa harga KITAS akan di tolak Rp 30,000 bagi pelajar-pelajar yang membawa foto sendiri. Sehabis itu, saudara Ahmad Farid Ashraf selaku NYDP II menjelaskan tentang borang survey MCJ. Di samping itu, MT juga sempat mempromosikan acara Malam Sanggar Mustika anjuran PKPMI-CJ dan KUJ yang akan diadakan pada 5 Jun nanti kepada pelajar-pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment