Ahad, 31 Mei 2009 - Majlis Tertinggi Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta(PKPMI-CJ) telah mengadakan satu lawatan ke Universitas Islam Negeri Syariff Hidayatullah (UIN) untuk mengunjungi pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan ahli Majlis Tertinggi dan biro-biro yang telah dilantik untuk sesi tahun 2009/10 kepada pelajar-pelajar disini.
Pertemuan PKPMI-CJ dengan para pelajar diadakan pada pukul 10 pagi bertempat di Masjid Muhaimin. Antara yang hadir dari pihak PKPMI-CJ adalah sudara Zailani Abd Shariff, YDP PKPMI-CJ, MT dan K.B. Diplomatik. Seramai 27 orang pelajar UIN telah ikut serta di dalam acara tersebut.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Pengerusi Tetap selepas itu memperkenalkan barisan ahli - ahli MT dan AJK biro UIN kepada para pelajar. sePenjelasan setiap bidang tugas(jobdesk) biro yang telah dilantik. Acara Malam Sanggar Mustika yang akan diadakan nanti sempat dipromosikan kepada pelajar-pelajar UIN.
Seterusnya adalah penjelasan mengenai hal-hal KITAS, ERP dan imigresen oleh K.B. Diplomatik. Diikuti edaran borang survey MCJ. NYDP II turut mempromosikan kepada para pelajar untuk mengambil insuran Takaful serta memberi laporan amaran mengenai penipuan XL dikalangan pelajar Malaysia.
Majlis diteruskan dengan ucapan terima kasih daripada YDP atas kehadiran semua mahasiswa UIN kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan wakil-wakil dari PKPMI-CJ. Pada sesi akhir pertemuan, NYDP I mempromosikan keistimewaan kad ahli PKPMI dan seminar “First Aid” kepada pelajar bukan jurusan perubatan. Perjumpaan bersama pelajar-pelajar UIN tamat pada pkul 11 pagi.
0 komen:
Post a Comment