Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, July 29, 2009
1


Pihak JPA sudah lama memproses bayaran elaun kepada akaun pelajar iaitu 2 minggu lalu. Namun untuk pengetahuan anda, proses berkenaan melibatkan pelbagai pihak iaitu pihak Akauntan Negara dan juga bank. Lazimnya culprit adalah bank kerana urusan pengkreditan wang elaun ke akaun mahasiswa dibuat secara manual oleh beberapa orang kakitangan sahaja. Pihak JPA telah lama memaklumkan dan mengingatkan bank supaya dapat memastikan kerja dilakukan secara efisien namun masih di takuk lama. Buat masa sekarang saya harap pelajar- pelajar dapat bersabar dan InsyaALLAH esok Cik Hidayah (Pegawai di JPA) berjanji akan menyemak dengan pihak bank dan memaklumkan kepada saya situasi terkini. Harap bersabar.

Penjelasan oleh En. Jazman Azi bin Jamalludin, Pegawai JPA di Indonesia.

Pesanan PKPMI-CJ: Diharapkan para pelajar-pelajat tajaan JPA supaya dapat bersabar kerana masalah ini berlaku disebabkan oleh keterlambatan pihak bank yang menguruskan elaun tersebut.

1 komen:

SyahmiNadzer said...

salam..
ya allah asal la lambat sangat... mana nak bayar bermacam-macam keperluan...
mungkin ni la dugaan dan cobaan untuk menguji hambanya atas nikmat-nikmat yang mungkin terlupa kita syukuri..
ayo ..sama-sama kita berdoa dan mula belajar mensyukuri nikmat yang sering kita lupakan.
tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dan bersungguh-sungguh mencapainya.

-elaun oh elaun-