Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, July 30, 2009
0


Alhamdulillah, kita telah berada dalam bulan Sya'ban, tidak berapa hari lagi, kita akan menganjak ke bulan Ramadhan pula. Namun, ini tidak lah bererti kita hanya perlu duduk menunggu Ramadhan tiba tanpa mempersiapkan diri, ambillah peluang di bulan bulan Sya'ban ini untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana yang tertulis dalam hadis-hadis sahih, dan tinggalkanlah perkara-perkara yang sebenarnya tidak menjadi tuntutan Rasulullah SAW.

Terdapat satu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini iaitu amalan puasa. Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya’ban dibanding bulan-bulan lainnya selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa, sampai kami katakan bahwa beliau tidak berbuka. Beliau pun tidak berpuasa sampai kami katakan bahwa beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156).

Dalam lafazh Muslim, ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya. Namun beliau berpuasa hanya sedikit hari saja.” (HR. Muslim no. 1156).

Dari Ummu Salamah, beliau mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam setahun tidak berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Sya’ban, lalu dilanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih) [maksud puasa penuh di sini ialah puasa pada kebanyakan hari di bulan Sya'ban].

Hikmah di balik puasa Sya’ban adalah:

  1. Bulan Sya’ban adalah bulan di mana manusia lalai. Kerana mereka sudah hanyut dengan istimewanya bulan Rajab (yang termasuk bulan Haram) dan juga menanti bulan sesudahnya yaitu bulan Ramadhan. Tatkalah manusia lalai, inilah keutamaan melakukan amalan puasa ketika itu.
  2. Puasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, hal. 234-243).
Selaras dengan anjuran Rasulullah SAW ini, PKPMI-CJ mengajak semua umat Islam agar dapat bersama meningkatkan ibadah puasa di bulan ini dan tidak melupakan ibadah sunnah lainnya tanpa mengira waktu.

Untuk mengetahui isu-isu seputar Sya'ban seperti Keutamaan Bulan Sya'ban, Malam nisfu Sya'ban, Puasa Setelah Pertengahan Sya'ban, Puasa 1 atau 2 hari Sebelum Ramadhan, Hadis-hadis Lemah dan Hadis Palsu di bulan Sya'ban, kami menjemput anda semua men'download' risalah 1001 Persoalan di Bulan Sya'ban ini untuk dibaca. Semoga bermanfaat.


0 komen: