Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, July 17, 2009
0


JAKARTA 17 Julai - Polis Indonesia dan pihak hospital di Jakarta mengesahkan enam orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 39 cedera dalam letupan bom yang berlaku dua hotel di Mega Kuningan, di sini, pagi ini.

Dr. Cahyono dari Hospital Jakarta berkata, enam orang terbunuh dalam letupan yang terjadi di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton tersebut.

Sementara itu jurucakap polis Jakarta, Pesuruhjaya Kanan Chrysnanda juga mengesahkan setakat ini enam orang disahkan terbunuh.

Sekurang-kurangnya 39 mangsa, termasuk warga asing telah dirawat di beberapa hospital di sekitar Jakarta.

Letupan pertama dilaporkan berlaku di Hotel JW Marriot pada pukul 8 pagi waktua tempatan (9 pagi waktu Malaysia), diikuti lima minit kemudian di Hotel Ritz Carlton. Menurut para saksi, letupan berkenaan berlaku dalam skala yang kuat.

Ini merupakan kali kedua Hotel JW Marriot diserang. Pada tahun 2003, 12 orang terbunuh dalam serangan bom di hotel berkenaan. - Utusan

Terbaru,disahkan terdapat juga letupan di Muara Angke.Para mahasiswa/i Malaysia di Jakarta dinasihatkan agar menjauhi tempat-tempat ramai seperti mall buat masa ini.Kerjasama diharapkan supaya dapat mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini.Sebarang berita terbaru akan diupdate kemudian.


0 komen: