Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Monday, September 07, 2009
0

Pada 5 hingga 6 September 2009, mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Jakarta dan Bandung telah melakukan aktiviti bakti sosial kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Pangalengan, Jawa Barat di bawah payung Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPMI) dan Kelab UMNO. Kegiatan mahasiswa ini telah mendapat sokongan penuh daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia untuk menyempurnakan hasrat mereka membantu mangsa-mangsa yang tidak bernasib baik disini. Turut menyertai misi bantuan adalah Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia,Dr Junaidi Abu Bakar dan Warden Pelajar,Encik Azman.


Mahasiswa Malaysia di Jakarta dan Bandung telah bekerjasama dengan pihak Bulan Sabit Merah Indonesia dalam membantu menyalurkan bantuan berupa beras, pakaian, selimut dan ubat-ubatan kepada para penduduk. Para penduduk telah kehilangan tempat tinggal kerana rumah-rumah batu mereka semuanya musnah rebah ke bumi. Malangnya, selepas pasca bencana, mereka mengalami krisis kekurangan bekalan bahan makanan yang serius dan selimut tebal untuk melindungi mereka dari kedinginan malam serendah 10 ‘ Celcius. Bantuan yang diberikan oleh mahasiswa kita kepada mereka datang tepat pada waktunya dan para penduduk amat menghargai sumbangan ikhlas tersebut.


Misi bantuan ini dilaksananakan atas nama kemanusiaan dan belas kasihan sesama manusia. Mahasiswa yang terlibat dalam misi ini talah mengambil iktibar atas kejadian gempa yang berlaku di Pangalengan dan memegang amanah para penduduknya untuk menyampaikan kepada masyarakat luar tentang keadaan dan nasib mereka yang sebenar. Semoga mangsa-mangsa gempa bumi di Pangalengan akan tabah dalam menghadapi musibah yang menimpa mereka.

0 komen: