Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Monday, September 14, 2009
0
MELAKA, 13 Sept (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) di Malaysia boleh membantu menjelaskan isu-isu yang mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau percaya PPI di Malaysia boleh membantu menerangkan kepada kalangan media Indonesia yang masih memainkan isu tarian pendet, agar jangan lagi menimbulkan bantahan yang tidak sewajarnya."Apa-apa masalah kita bincang secara keluarga, secara sahabat, pendekatan ini amat baik sebab banyak perkara dapat diselesaikan di meja rundingan."Saya sebagai Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang mempunyai banyak hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan sama memainkan peranan agar isu ini tidak akan terus dipanaskan di Indonesia," katanya kepada pemberita selepas aktiviti mengacau dodol bersama-sama pelajar antarabangsa di rumah tradisional Semabok Dalam di sini, Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan segelintir rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melakukan "sweeping" atau pembersihan ke atas rakyat Malaysia dengan membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta untuk mencari rakyat negara ini.Tindakan itu timbul gara-gara tuduhan bahawa Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet yang berasal dari Bali dalam promosi pelancongan walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di Singapura dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.Mohd Ali berkata pelajar Indonesia di Malaysia tidak perlu bimbang dan mereka boleh belajar seperti biasa termasuk menyambut Aidilfitri seperti kebiasaannya.Sementara itu, Ketua PPI Malaysia, Abdullah Abbas berkata PKPMI-CJ dan PPI saling bekerjasama dan menyatakan kesepakatan dalam beberapa hal mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia.
"Semalam kami telah terima kenyataan rasmi daripada PKPMI-CJ menyatakan pada tahap sekarang masih aman dan selamat, walaupun ada gangguan kecil tapi tidak sampai mengganggu proses pembelajaran di sana," katanya.Beliau berkata pihak PKPMI-CJ melalui Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia telah menyediakan langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.Program mengacau dodol itu adalah untuk merapatkan hubungan antara kerajaan Melaka dengan masyarakat setempat serta pelajar antarabangsa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.Ia juga bagi memperkenalkan budaya dan keunikan negeri Melaka kepada pelajar antarabangsa sebagai usaha mempertingkatkan lagi sektor pendidikan melalui pelancongan pendidikan.Sehingga Mac lepas terdapat seramai 2,255 pelajar antarabangsa belajar di IPT di negeri ini.Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen sehingga Julai lepas, sebanyak 25,401 orang pekerja asing yang terdiri daripada pelbagai bangsa bekerja di Melaka dan daripada jumlah itu, sebanyak 16,909 adalah pekerja Indonesia.

Sumber : BERNAMA

0 komen: