Jakarta,11 September 2009 -Pertemuan Muhibbah ini telah diadakan atas inisiatif Majlis Tertinggi PKPMI-CJ yang bertujuan untuk menjalinkan siratulrahim di antara pemimpin mahasiswa Indonesia dengan pemimpin mahasiswa Malaysia. Pertemuan ini telah mendapat sokongan dan bimbingan oleh Pengarah JPMI, Dr Junaidi Abu Bakar untuk dijayakan.
Acara majlis dimulakan pada jam 8.10 malam
Perbincangan dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran para tetamu daripada Pengerusi Majlis.
Ucapan daripada wakil PKPMI Pusat
• Memperkenalkan struktur organisasi PKPMI
• Harapan untuk berkerjasama dengan ORMAWA pimpinan mahasiswa Indonesia
Sesi perkenalan dari wakil Universitas Indonesia (UI)
• Senat Mahasiswa berperanan memenuhi keperluan semua mahasiswa yang berada di UI
• Membuka peluang sama rata kepada mahasiswa Malaysia-Indonesia
Sesi perkenalan dari wakil Universitas Trisakti
• Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) bersifat aspirasi mahasiswa iaitu menjalankan aktiviti yang dapat mengembangkan bakat semua mahasiswa di sini
• BEM bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan keselamatan semua mahasiswa tanpa perbezaan status
Sesi perkenalan dari wakil Universitas Islam Negeri (UIN)
• Menjalankan aktiviti yang penyertaan nya terbuka pada warga universitas
Sesi perkenalan dari wakil Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA)
• Memohon maaf atas bagi pihak ketua BEM kerana tidak dapat hadir dalam pertemuan ini
Ucapan dari Pengarah MARA, Puan Nur Uyon Shoib
• Memperkenalkan MARA dan peranannya
• Maklumat penghantaran pelajar baru bagi sesi 2009/2010 di Universitas Papadjaran (UNPAD), Universitas Sumatera Utara (USU) dan UKRIDA.
Ucapan dari Pengarah JPMI, Dr Junaidi Abu Bakar
• Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ORMAWA
• Mengharapkan pembentukan organisasi formal yang terdiri dari gabungan pemimpin mahasiswa Malaysia-Indonesia
• Pihak kedutaan akan memberikan peruntukan kewangan untuk aktiviti yang dijalankan dibawah organisasi ini
• Mengingatkan pentingnya pendidikan sebagai alat perpaduan di antara mahasiswa Malaysia-Indonesia
• Menjelaskan peranan JPMI sebagai pihak yang meyakinkan ibubapa bahawa keselamatan anak-anak mereka di Indonesia adalah selamat
• Menyampaikan kekecewaan peristiwa yang berlaku di Jogjakarta di mana pusat pengajian dijadikan lokasi tunjuk perasaan anti-Malaysia
• Memuji tindakan seorang ketua BEM suatu universiti yang menenangkan pihak pelampau yangs sedang mengepung mahasiswa Malaysia
• Pihak Malaysia menghormati Negara Indonesia dengan bersifat defensif dan memaafkan tindakan agresif masyarakat Indonesia
• Berharap pakatan di Jakarta menjadi teladan dan contoh baik bagi bandar-bandar lain. Sekiranya berjaya, semangat perpaduan mahasiswa Malaysia-Indonesia mampu menangkis sentimen negatif daripada masyarakat yang diapi-apikan oleh media
Pembukaan pertanyaan:
1. Maha Fitra (UI): Mahasiswa Malaysia terlalu fokus pada masalah akademik sahaja. Kurangnya penglibatan dalam organisasi di dalam universiti
Dr.Junaidi: Aktif dalam persatuan merupakan pilihan individu sendiri untuk terlibat atau tidak. Pihak JPMI sangat memberi galakan kepada para pelajar untuk mengadakan program dengan memberi sokongan kewangan. Contoh: Misi bantuan kemanusiaan di Pangalengan adalah atas inisiatif pelajar Malaysia sendiri.
2. P.Gusti Agung (Trisakti): Meminta penjelasan dari pihak Malaysia mengenai isu Tarian Pendet di Discovery Channel dan niat Malaysia untuk memiliki Pulau Jemur
Dr.Junaidi: Budaya adalah satu cara hidup yang akan berkembang tanpa mengira sempadan. Budaya boleh menyebar melalui imigrasi masyarakat ke wilayah baru.
Isu Tarian Pendet adalah suatu pattern keluaran pihak swasta bukannya pihak kerajaan Malaysia. Pihak Malaysia telah mengarahkan pihak swasta tersebut untuk memohon maaf dan menghentikan tayangan klip video dalam Discovey Channel tersebut. Isu Pulau Jemur pula adalah salah faham yang ditimbulkan oleh blog persatuan trekker berasal dari Sweden semasa usaha promosi mereka. Lagu Terang Bulan diakui menyerupai lagu Negaraku tetapi lagunya berasal dari Perancis malah liriknya tidak sama. Kebenaran menggunakan lagu itu dibenarkan oleh Presiden Sukarno.
Pak Nasir ( BERNAMA): Mengingatkan orang Melayu cuma ada tiga saudara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Jika berpecah yang ruginya bangsa kita sendiri.
3. Aditya Prana (UIN): Penglibatan mahasiswa Malaysia dalam kegiatan universiti memang kurang. Mahasiswa Malaysia merasakan mereka golongan esklusif. BEM UIN telah menetapkan sebuah rumah asrama terdiri dari mahasiswa pelbagai negara untuk mengatasi masalah ini.
Dr Junaidi: Tindakan pihak BEM UIN adalah bijak dan tepat.
Cadangan aktiviti untuk organisasi bersama mahasiswa Malaysia-Indonesia:
1) Sukan dan olahraga (futsal)
2) Malam Kebudayaan Malaysia-Indonesia
Rehat sebentar selama 15 minit
Temuramah TV3 dengan Pengarah JPMI, ORMAWA, PKPMI dan mahasiswa Malaysia
Penyampaian cenderahati dan sesi fotografi
Pertemuan ini tamat pada jam 10.30 malam.

1 komen:
Syabas dan tahniah buat PKPMI Jakarta atas pertemuan ini dan buat semua yang terlibat. Pertemuan ini adalah sebagai wakil dari seluruh PKPMI se-Indonesia.
Cuma, tak sangka pelajar Indonesia di sana mengambil berat tentang penglibatan pelajar Malaysia dalam kegiatan universiti. Harap pelajar-pelajar Malaysia di sana lebih aktif lagi untuk bergabung dengan pelajar-pelajar Indonesia dalam menyeleraskan kegiatan yang dianjurkan oleh universiti cawangan Jakarta. Saya kira ianya sangat baik dalam menjalinkan hubungan yang baik antara pelajar Malaysia dan Indonesia.
-PKPMI Medan
Post a Comment