Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, September 03, 2009
0
JAKARTA: Gempa bumi kuat menggegarkan tenggara Indonesia hari ini, menyebabkan bangunan berhampiran pusat gempa rosak dan ribuan pekerja panik melarikan diri ke jalan di ibu negara yang terletak 160 kilometer dari situ.


Amaran tsunami dikeluarkan tetapi ditarik semula kurang sejam kemudian.

Gempa itu melanda pada jam 2,55 petang (0755 GMT) di perairan tenggara Jawa dengan magnitud awal 7.0 pada skala Richter.

Ia berlaku pada kedalaman 50 kilometer, kata Kajian Geologikal AS.

Pusat Amaran Tsunami pasifik menyatakan gempa itu cukup kuat untuk menyebabkan tsunami setempat tetapi tiada laporan awal mengenai paras laut.

Kurang daripada sejam kemudian, ia menyatakan bacaan paras laut menunjukkan tsunami tidak terhasil dan menarik balik amaran awal itu.

Bangunan di Tasik Malaya, satu daripada bandar berdekatan pusat gempa itu, rosak.


Sumber : Berita Harian Online

0 komen: